Sunday, July 12, 2009

Tips (1)

Shawl anda terlalu lembut?
Susah dibentuk?
Sangat licin?


Usah risau lagi!
Cubalah fabric Starch!


Cara menggunakannya,

Langkah 1 : Goncang Fabric Starch sebelum digunakan untuk hasil yang memuaskan.

Langkah 2 : Spray bahagian shawl yang hendak dibentuk dengan fabric starch.

Langkah 3: Iron bahagian shawl yang telah dispray dan bentukkan shawl anda.


  • Terbukti berkesan
  • Tidak merosakkan shawl
  • Tidak menampakkan kesan seperti penggunaan lilin
  • Tidak perlu risau untuk menggayakan kain tudung yang licin
  • Afffordable. Rm7 sahaja!
  • Anda pasti puas hati!!


Selamat mencuba...!!=)

Friday, July 3, 2009

Shawl Tutorial -Style 1-


Langkah 1 : Pakai shawl seperti gambar diatas. Pastikan pembahagian shawl adalah sebelah panjang dan sebelah pendek.



Langkah 2 : Bahagian shawl yang panjang dibawa ke belakang untuk dililit. Kemaskan lilitan shawl anda.



Langkah 3 : Selitkan/pinkan bahagian hujung shawl yang dililit di bawah dagu.




Langkah 4 : Bahagian hujung shawl yang pendek dilipat seperti gambar diatas.




Langkah 5 : Hujung shawl pendek yang dilipat, diletakkan di bahagian bahu untuk mendapatkan shawl bentuk segi tiga dibahagian hadapan.



Langkah 6 : Pinkan hujung shawl tersebut.



Langkah 7 : Ok, shawl anda siap dipakai dengan kemas. Gambar menunjukkan rupa bentuk shawl dari bahagian hadapan.



Langkah 8 : Rupa bentuk shawl dari bahagian belakang.



Selamat Mencuba!! =)

Tutorial Shawl -Style 2-


Langkah 1 : Lipat bahagian hujung shawl menjadi segitiga seperti gambar diatas.



Langkah 2 : Pakai shawl seperti tudung biasa pada bahagian segitiga yang dilipat.



Langkah 3,4,5 : Bahagian shawl yang panjang dibawa ke belakang untuk dililit (lilitan pertama). Lilit shawl dengan kemas. Pastikan lilitan tidak terlalu ketat untuk keselesaan si pemakai.

Langkah 6,7,8 : Shawl dililit kali kedua. Lilit shawl dengan kemas. Selitkan/pinkan hujung shawl dibawah dagu.



Langkah 9 : Kemaskan shawl anda dan letakkan perhiasan yang anda suka sepeti aneka bentuk brooch. Gambar menunjukkan rupa bentuk shawl dari bahagian hadapan.



Langkah 10 : Rupa bentuk shawl dari bahagian belakang.




Selamat Mencuba!! =)